Khamis, 29 Januari 2009

Ayat-Ayat Cinta By Rossa

http://www.youtube.com/watch?v=NzKbG0Ny9CE

Ayat-Ayat Cinta Movie

Ayat -Ayat Cinta The MoviePelakon : Rianti Rhiannon Cartwright, Fedi Nuril, Melaine Putria dan Carissa PutriPengarah : Hanung BramantyoSinopsis :Filem adaptasi daripada novel habiburahman Al-sharizi mengenai cinta dalam islam. Jalan cerita adalah mengenai kisah hidup seorang pemuda indonesia yang miskin tetapi pandai bernama Fahri yang mana sedang menunutut di universiti Al-Azhar Mesir.Di Mesir, Fahri berjiran dengan seorang perempan kristian bernama Maria. Hubungan mereka amat rapat. Sampai Maria sanggup menolong Fahri dalam setiap kerjanya. Maria akhirnya menyedari bahawa bahwa perhubungannya dengan Fahri bukan sahaja sekadar teman biasa tapi dia sudah merasakan perasaan cintanya terhadap Fahri.Suatu hari Fahri secara tidak sengaja terjumpa Aisyah di dalam sebuah kereta api yang memakai purdah. Mata Aisyah yang 'misteri' memerangkap hati Fahri pertama kali dia ketemu Aisyah. Kemudian Fahri melakukan taaruf (satu pertemuan di hadapan keluarga perempuan untuk mencari jodoh), tetapi tanpa disangaka perempuan bakal jodoh fahri itu adalah Aisyah. Pertama kali Fahri melihat wajah cantik Aisyah semasa melakukan Taaruf dan Fahri setuju mengahwini Aisyah.Sewaktu perkahwinannya semakin hampir Maria tiada di Kota kerana pulang ke kampung. Perkahwinan antara fahri dan Aisyah tidak diketahui oleh Maria membuatkan Maria sedih.Tontonilah Ayat-ayat cinta untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Selasa, 27 Januari 2009

Ratuku

Ratuku, Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan Tentang kebimbanganku ini Taktala melihat bunga-bunga berguguran Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah
Ratuku, Kebimbanganku ini kian menebal Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku, Kebimbanganku bertambah lagi Bila ku melihat bunga yang tak segan silu Melampiaskan kecantikkannya ketika sedang mekar Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku, Aku masih terpinga-pinga Masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu Kerana apa yang ku lihat hari ini Semakin banyak bunga-bunga yang gugur bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku, Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah Menanti kekasihnya di pintu syurga
Ratuku, Akuilah hakikat yang tersurat Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah Engkau bukan Asiyah bukan juga Rabiatul Adawiyah Wanita suci lagi terpuji Kerana aku tak layak berharap sedemikian rupa Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga- bunga itu mekar mewangi Sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku, Kadangkala musim berganti Sehingga kau tak dapat kembang mekar Tapi itu hanya ujian buatmu Esok musim bunga pasti akan tiba Dan kau mampu berkembang lagi Cuma yang ku harapkan ketika itu Kau jagalah kelopakmu itu Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu Jangan biarkan gagak hitam itu merosakkan serimu Kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku, Aku bukanlah memandang kecantikkanmu itu Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya Bukan itu yang ku harapkan Aku yakin ratuku Masih ada sinar harapan yang bisa membuat aku tersenyum lega Kerana akan aku temui ratu yang benar-benar Ratu idaman kalbu

Muslimah Sejati-Wanita Yang Di Rindui Syurga.